Thursday, 20 April 2017

Filled Under:

Allah ! Hakim Terduduk Dengar Pengakuan 4 Pelajar Perempuan Yg Cabul Rakan Perempuan Mereka ! Lagi DAHSYAT Dari Yg Kita Sangkakan !

Allah ! Hakim Terduduk Dengar Pengakuan 4 Pelajar Perempuan Yg Cabul Rakan Perempuan Mereka ! Lagi DAHSYAT Dari Yg Kita Sangkakan ! 



Anyer keroh: Empat pelajar perempuan sebuah sekolah pemulihan akhlak di negeri ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas

tuduhan memasukkan botol deodoran ke dalam kemaluan seorang penghuni lain, awal bulan ini.
Keempat­empat mereka yang berumur antara 18 dan 19 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadap

mereka di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar.

Mengikut pertuduhan, keempat­empat tertuduh didakwa melakukan hubungan seks dengan cara memasukkan botol deodoran ke dalam kemaluan

seorang remaja perempuan berusia 16 tahun 10 bulan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bilik di sekolah di berkenaan, kira­kira jam 5 petang, pada 9 April lalu.

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan dibaca bersama mengikut Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan

hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi tidak membenarkan jaminan atas faktor semua tertuduh hampir tamat tempoh

perintah di sekolah itu dalam tempoh terdekat dan mencadangkan jaminan RM30,000 bagi setiap tertuduh serta syarat tambahan dikenakan jika
mahkamah menggunakan budi bicara.

Bagaimanapun, semua tertuduh dalam rayuan menerusi peguambela Andrew Lourdes memohon jaminan RM5,000 setiap seorang dengan alasan
dari keluarga berpendapatan rendah.

Ahmad Sazali kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 setiap seorang dengan syarat tambahan perlu meneruskan perintah di
sekolah terbabit hingga kes selesai, jika jaminan dibayar.

Mahkamah menetapkan 17 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi menunggu laporan perubatan mangsa.

sumber; http://www.bulletinviral.com/2017/04/allah-hakim-terduduk-dengar-pengakuan-4.html




0 comments:

Post a Comment