Saturday, 22 April 2017

Filled Under:

GHADDAR SAH BEPINDAH KE KELAB TERBAIK MUSIM INI!!!!

GHADDAR SAH BEPINDAH KE KELAB TERBAIK MUSIM INI!!!!




Bekas penyerang import TRW, Mohammad Ghaddar yang
pernah menggegar bersama Kelantan ketika zaman
kegemilangan Kelantan 2012 dimana berjaya merangkul 3
kejuaraan utama dalam Liga Malaysia kembali mewarnai
pasukan Kelantan bagi musim 2017.

Berita perpindahan ini telah disahkan oleh media Lubnan (Klik
untuk pautan berita). Ghaddar akan mengikat kontrak setahun
bersama TRW 2017.

Ghaddar adalah pemain bintang untuk Red Warriors pada musim
2012. Dia menjaringkan 21 gol untuk membantu Kelantan
mencapai treble ­ Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia. Beliau
juga memainkan peranan penting dalam kempen Piala AFC
Kelantan, menjaringkan tujuh gol dalam lapan perlawanan.
Kelantan kalah 6­2 menerusi agregat pada peringkat suku akhir
kepada pasukan Arbil FC dari Iraq, yang juga finalis akhirnya .
Selepas satu musim, Ghaddar kemudiannya menyertai Felda
United pada tahun 2013. Dia gagal untuk mengekalkan
momentum beliau lakukan dengan Kelantan dan dibebaskan
daripada kontrak pada bulan April selepas mengalami
kecederaan belakang.

Penyerang berusia 33 tahun ini baru sahaja menyertai pasukan
Al­Faisaly dalam saingan Liga Utama Jordan pada bulan
September 2016 lepas. Berpindah dari pasukan AC Tripoli di Liga
Utama Lubnan.

Ghaddar 22 kembali ke TRW

Ghaddar akan bergandingan dengan Okiki Afolabi penyerang
muda tinggi lampai dari Nigeria. Gandingan tua dan muda
nampaknya buat TRW nanti sambil dibantu penyerang tempatan
seperti Khairul Izuan Rosli, Farhan Mohamad dan Wan Fakhrul
Zaman.

Welcome back Ghaddar #22 !

SUMBER: http://sembangbolaa.blogspot.my/2017/01/sah-ghaddar-kembali-ke-trw-2017.html




0 comments:

Post a Comment