Jenazah murid tahz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghadda, 11, yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selamat dikebumikan, 12.20 tengah malam tadi
Kota Tinggi: Jenazah murid tah z, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghadda , 11, yang meninggal
dunia akibat jangkitan kuman selamat dikebumikan, 12.20 tengah malam ini.
Jenazah Mohamad Thaqif dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Aping Timur di
sini, yang dihadiri ahli keluarga, penduduk kampung dan rakan tah z.
Terdahulu, jenazah disembahyangkan di hospital berkenaan selepas selesai menjalani bedah
siasat pada jam 10.30 malam sebelum dikebumikan berdekatan kediaman datuknya di Felda
berkenaan pada 12.20 tengah malam ini.
Mohamad Thaqif meninggal dunia kira-kira 2 petang hari ini ketika mendapat rawatan di Hospital
Sultan Ismail (HSI) akibat jangkitan kuman.
Mohamad Thaqif sepatutnya menjalani pembedahan tangan kanannya yang dijadual dilakukan
pagi ini namun ditangguh kerana keadaan jantungnya lemah.
Mohamad Thaqif pada mulanya dimasukkan ke HSI seminggu lalu susulan dilaporkan disebat
oleh pembantu warden asrama madrasah.
Kedua-dua kakinya sebelum ini turut dipotong pada Jumaat lalu bagi mengelak jangkitan kuman
pada bahagian lain tubuhnya.
Jenazah murid tah⒟�z, Mohamad Thaqif Amin Mohd
Ghadda⒟�, 11, yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman
selamat dikebumikan, 12.20 tengah malam
Kota Tinggi: Kira-kira 30 pelajar tah�z Madrasah Tah�z Al-Jauhar di sini, bertahlil dan membaca
Yasin di kediaman keluarga Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghadda�, 11, di Felda Bukit Aping Timur, malam ini.
Terdahulu kumpulan pelajar berkenaan dilihat menaiki bas sebelum menunaikan solat Magrib
dan Isyak di Masjid An Nur Felda Bukit Aping Timur.
Kumpulan pelajar berkenaan kemudian mengunjungi kediaman Allahyarham sahabat mereka itu
dan membacakan tahlil serta bacaan yassin sehingga jenazah dikebumikan.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Aping Timur selepas prosedur
bedah siasat bermula jam 7 malam tadi selesai malam ini.
Sementara itu, perkarangan kediaman keluarga murid tah�z, Allahyarham Mohamad Thaqif Amin
Mohd Ghadaf�, 11, yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman dibanjiri orang ramai termasuk
ahli keluarga terdekat dan jiran tetangga yang datang menziarahi keluarga itu.
sumber: http://siakapkoli.blogspot.my/2017/04/jenazah-murid-tahfiz-mohamad-thaqif.html#
0 comments:
Post a Comment