Monday, 24 April 2017

Filled Under:

TERKINI: Polis Siasat Gambar Luc@h Ahli Parlimen kerajaan yang tersebar di media sosial


TERKINI: Polis Siasat Gambar Luc@h Ahli Parlimen kerajaan yang tersebar di media sosial


JAKARTA – Ketika Malaysia kecoh dengan foto intim dua tokoh pembangkang terkenal,
Indonesia pula gempar dengan penularan gambar lucah seorang anggota Parlimen tempatan
yang agak popular.

Media melaporkan, pihak polis menyiasat penyebaran sejumlah foto pornogra
yang jelas
memaparkan wajah ahli Suruhanjaya VII Dewan Perwakilan Rakyat dari Parti Gerakan Indonesia
Raya (Gerindra), Aryo Djojohadikusumo.
Polis Siasat Gambar Lucah Ahli
Parlimen Indonesia

Ia secara kebetulan ditularkan selepas wakil parti itu, Anies Baswedan mengalahkan calon
pilihan, Basuki Tjahaya Purnama tanpa diduga dalam pusingan kedua Pemilihan Umum Ketua
Daerah (Pilkada) Jakarta yang cukup sengit.

“Itu dapat kami lakukan penelusuran ya,” kata Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat Polis
Daerah Metro Jaya, Komisioner Argo Yuwono kepada media. Setakat ini belum ada lagi laporan
polis dibuat oleh mana-mana pihak.

Beliau menambah bahawa siasatan polis boleh dimulakan sebaik sahaja ada aduan rasmi
waima daripada model bogel dalam foto ‘panas’ itu sebagai kes cubaan jahat pihak tertentu
untuk mengaibkan maruah individu tersebut.

Bagaimanapun, di bawah undang-undang antipornogra
Indonesia, sesiapa sahaja termasuk si
pasangan dalam gambar berkenaan yang didapati sengaja menyebarkan foto erotik sedemikian
juga boleh didakwa di mahkamah.

Polis Indonesia Siasat Foto Lucah Ahli Parlimen
“Individu dalam foto itu jika sebar pun boleh ditahan untuk disiasat sebagai kes jenayah
pornogra.

Kami kena lihat dulu apakah dia sengaja atau ada pihak ketiga yang menyebarkan
tanpa pengetahuan pasangan itu,” terang Argo.

Netizen republik terbesar di rantau Asia tenggara itu sejak semalam kecoh dengan penularan
empat foto yang jelas menampakkan muka Aryo ceria memeluk manja tubuh seorang model
popular tanpa busana dalam sebuah bilik air.

Turut dipaparkan ialah adegan hubungan seks pasangan tersebut yang bertelanjang di atas
ranjang. Aryo yang masih bujang merupakan anak tokoh pengasas Gerindra dengan ramai ahli
keluarganya pula aktif politik nasional.

Dalam pada itu, media tempatan melaporkan bahawa Timbalan Ketua Umum Gerindra, Sufmi
Dasco Ahmad turut mengesahkan lelaki dalam foto tersebut bukan Aryo setelah dimaklumkan
orang ramai yang mahukan kepastian.

sumber: http://wartawan-jalanan.blogspot.my/2017/04/polis-siasat-gambar-lucah-ahli-parlimen.html




0 comments:

Post a Comment