Saturday, 15 April 2017

Filled Under:

TERKINI:hanya Lambat Bayar Yuran Sekolah, Guru Suruh 5 Murid Jual Tubuh, Seorang Bunuh Diri

TERKINI:hanya Lambat Bayar Yuran Sekolah, Guru Suruh 5 Murid Jual Tubuh, Seorang Bunuh Diri




Hanya kerana terlambat membayar yuran sekolah, seorang guru bertindak biadap kepada 5
murid wanita sekolah menengah dengan menyuruh mereka menjual tubuhnya sahaja jika tak
ada duit. Lambat Bayar Yuran Sekolah, Guru Suruh 5 Murid Jual Tubuh, Seorang Bunuh Diri

Kejadian yang berlaku di padang sidempuan sumatera utara ini telah menggemparkan media
indonesia sejak kelmarin.

Tidak hanya itu, salah seorang murid juga dikatakan bunuh diri dengan minum racun kerana
tertekan dengan kata-kata salah seorang guru di sekolah itu.

Menurut murid perempuan pada awalnya mereka dibawa ke satu bilik dan dipertanyakan
mengenai yuran sekolah yang belum dibayar.

Dengan spontan kelimanya menjawab dengan alasan masalah kewangan keluarga mereka.
Guru yang bernama KS Itu terus menengkin dan memarahi mereka dan menyuruh menjual
tubuh sahaja dikawasan itu untuk senang mendapat duit, selain itu mereka juga diugut akan
dibuang dari sekolah.

Kelima-lima murid keluar dari bilik dalam keadaan menangis merasa guru tersebut
merendahkan martabat dan maruah mereka.

Kerana takut berdepan dengan pihak sekolah dan polis, mereka sepakat untuk mendiamkan
diri.

Namun selang beberapa hari, murid bernama Amelya maut bunuh diri dengan minum racun,
dipercayai akibat tertekan dengan sikap guru yang sama melontarkan kata-kata tidak
sepatutnya kepada lima murid wanita tempoh hari.

Sejak daripada itu lima murid berkenan terus mengadukan kejadian kepada ibu bapa sebelum
melaporkannya kepada pihak polis.

Bagaimanapun Guru bernama SK sudah ditahan oleh polis Padang Sidempuan dan kini dalam
pebicaraan Menteri Pendidikan Indonesia.

sumber: http://wartawan-jalanan.blogspot.my/2017/04/lambat-bayar-yuran-sekolah-guru-suruh-5.html




0 comments:

Post a Comment